ADA APA DI SINI..!!..

NASI BAMBONG . .

Tawau merupakan satu daerah yang begitu popular dengan pelbagai jenis makanannya. Salah satu yang popular adalah makanan laut. Makanan laut yang segar murah dan lazat menyebabkan daerah ini terkenal dengan makanan jenis ini dan mempunyai permintaan sehingga luar negeri bagi makanan laut yang mentah.
Tapi kali ini saya tidak bercerita mengenai makanan laut dan akan memperkenalkan anda dengan satu jenis makanan hidangan yang termurah di Malaysia. Makanan yang cukup ringkas tapi boleh membekalkan tenaga seharian.
nasi babong 2 (1)
Makanan ini diberi jolokan nama Nasi Bambong. Apa itu Nasi Bambong, Nasi Bambong ialah makanan biasa yang seperti kita makan, tapi apa yang menariknya makanan ini sangat murah.
Sebelum kami menerangkan lebih lanjut apa isi kandungannya, kami perkenalkan dahulu apa makna Bambong. Bambong adalah bahasa yang digunakan di Tawau dengan membawa maksud seseorang tidak mempunyai pekerjaan. Istilah biasa digunakan dalam Bahasa Malaysia ialah penganggur.
Jesteru itu nama Nasi Bambong sempena dengan individu yang menganggur (Bambong) dan tidak mempunyai wang yang banyak. Maka dengan itu sinonimnya makanan ini untuk mereka yang menganggur atau bekerja tetapi gaji tidak besar.
Tetapi hari ini dan semenjak bertahun lalu, makanan ini tidak tidak tertumpu kepada hanya kepada golongan berpendapatan rendah, tapi sesiapa pun yang menginginkannya boleh makan dengan kadar harga yang termurah iaitu dari RM1.50 hingga ke RM2.00 sepiring.
Bayangkan nasi yang berlaukkan Telor goreng sebiji atau ikan seekor , Sayur, Lauk, nasi sepiring, kuah sup dan air segelas mempunyai harga yang sangat murah. Semenjak diperkenalkan beberapa tahun dahulu (sekitar hujung 80an) makanan ini menjadi trend pemakanan jimat dimakan pada waktu berehat terutamanya waktu tengah hari.
nasi bambong1
Sehingga hari ini golongan berpendapatan rendah, pelajar, pekerja pejabat, pegawai kerajaan juga menikmati hidangan ini sebagai tanda penghargaan kepada penjual yang masih mengekalkan tradisi lama walaupun di zaman ini kemudahan harga makanan menaik.
Lokasi jualan Nasi Bambong terletak di bandar Sabindo di Taman Sabindo berhampiran dengan rombengan Sabindo.
Nota Kaki : Copy & Paste . .


Terima Kasih Sebab Sudah Baca Entri Ini Like Dan Komen

7 4888 Comments From Purple De' Hearty:

Selipar Putih said...

sedapnyer..tempe 2. ops bambong ek?bukan ambeng kan?

An-Nur Najihah said...

@Selipar Putih : bambong laen . . ambeng laen . .

anamizu said...

owhhh baru tahu psl Nasi Bambong..hehe.. nasi ambeng pon sedap jugak.. hehe






slm kenal.
ana

An-Nur Najihah said...

@anamizu : ye nasi ambeng pown mmg sdap . :) salam knl jgj dr sy . .:)

Hans Mohd said...

kalau orang jawa baca nasi "bambong", tergelak depa. BAMBONG dalam bahasa jawa ada yang panggil kumbang.

An-Nur Najihah said...

@Hans Mohd : oo Hans Jawa eyk . . huhu . .
toe bahasa owg twu ..