Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Pauzi berkata perkara itu terbukti dengan kewujudan Pasukan Bomba Sukarela yang turut dianggotai kaum Cina.
"Jabatan Bomba dan Penyelamat bersikap terbuka dan sentiasa mengalu-alukan semua kaum untuk menyertai pasukan ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian anugerah perkhidmatan 30 tahun kepada pegawai dan anggota jabatan itu di sini hari ini.
Mengenai anugerah tersebut, Nordin berkata majlis itu diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pegawai dan anggota yang telah lama berkhidmat.
"Tiada pengiktirafan yang dapat diberikan kepada mereka melainkan sijil penghargaan atas sumbangan dan pengorbanan mereka. Pengalaman lebih 30 tahun dalam kerjaya ini ibarat sebuah buku sejarah yang seharusnya dikongsi dengan orang-orang baru sebagai motivasi dan pengajaran," katanya.
Pada majlis itu, seramai enam pegawai dan anggota menerima sijil masing-masing.
-- BERNAMA
0 4888 Comments From Purple De' Hearty: